Info Ringkas Pelaburan Dinar Iraq

Pelaburan Dinar Iraq adalah pelaburan SAH di sisi undang-undang & syara'. Pelaburan ini adalah berlandaskan kepada pertukaran wang dan ia akan memberikan pulangan 500 peratus kepada mereka yang bersabar dan faham akan jenis pelaburan ini. Sama macam mereka yang melabur dalam matawang Dinar Kuwait & Afghanistan lalu, maka pelaburan Dinar Iraq adalah yang terbaik buat masa kini. Beli, simpan dan jual semasa diapungkan (RV) nanti, insyaALLAH kita akan menjadi jutawan dalam sekelip mata

* Setiap pembelian akan diberikan resit syarikat kami. Perjanjian bertulis akan dibuat atas permintaan pelanggan. IQD kami diimport terus dari Iraq dan diisytiharkan di bawah undang-undang Kastam

Projek Naikkan Nilai IQD Makin Hampir...Prospek Perkongsian Melalui MGSB


Semalam berlangsung mesyuarat khas antara Bank Negara Iraq dan Kerajaan Iraq bagi membincangkan kenaikan nilai matawang mereka ke paras "reality rate".  Mesyuarat penting itu menghasilkan ketetapan untuk menaikkan nilai matawang IQD dengan menggunakan kaedah pemotongan tiga sifar (000) dalam kadar tukaran mereka. Maknanya 1 dinar bersamaan dengan 0.9 USD atau RM 2.98 duit kita. 25,000 dinar bakal menjadi 81,525 duit kita. 

Ini yang kerajaan Iraq keluarkan kenyataan pada petang semalam. Alhamdulillah kerana sememangnya rate itu yang kita jangkakan sebelum ini. LOP takkan berlaku di Iraq kerana kadar inflasi mereka hanyalah 4 peratus sahaja berbanding LOP yang berlaku di Turki disebabkan oleh kadar inflasi mereka mencecah 2000 %. Begitu juga LOP yang berlaku di negara-negara miskin Afrika.

Jelas dan nyata bahawa kadar tukaran matawang asing Iraq adalah melibatkan RV. Ini diakui sendiri oleh IMF yang menyebut dalam satu kenyataan rasminya bahawa mereka berpuas hati dengan perkembangan positif ekonomi Iraq terutamanya kestabilan eksport import Iraq dan berjanji untuk 'menghadiahkan' Iraq sebuah kadar tukaran asing yang adil dan munasabah untuk sebuah negara yang berdaya maju. IMF sendiri akan membantu menarik pelabur asing terus melabur ke Iraq dan pada masa yang sama akan membantu menaikkan nilai matawang Iraq. 



Ini janji IMF kepada Iraq dan kita yakin dengan sokongan Amerika, ianya pasti berlaku. Sekarang US tengah sibuk untuk menjaga keselamatan negara Iraq daripada serangan IS dan baru-baru ini, mereka telah mengugurkan beribu senjata kepada tentera Kurdish untuk melawan IS. Bahkan Kanada yang ada kepentingan minyak di Iraq turut menghantar 6 jet pejuang tempur canggih, F18 serta 600 askar mereka untuk menghapuskan askar pemberontak IS. Memang dunia sekarang tertumpu di Iraq kerana mereka tidak ingin Iraq mengalami ancaman keselamatan kerana mereka mahukan Iraq stabil dan pada masa yang sama dapat membolehkan kenaikan IQD itu berlaku.


Dalam kenyataan kerajaan Iraq semalam turut menegaskan bahawa projek pemotongan 3 sifar (000) dalam kadar tukaran matawang akan berlangsung pada "tahun hadapan". Ada dua pandangan berkaitan dengan pengumuman itu. Pertama, projek pemotongan sifar (000) atau kenaikan kadar tukaran matawang ini akan berlaku selepas tahun baru awal hijrah (1436 Hijrah) yang jatuh pada 26 Oktober 2014. Mungkin 27 hb oktober, projek itu bermula dan ianya juga adalah selepas pasaran saham ISX Xtream (NASDAQ) dibuka pada 26 Oktober. Platform saham baru dibuka pada 26 Oktober adalah bertujuan untuk menarik pelabur asing membeli syer saham di Iraq. Tetapi mereka tidak boleh trade atau perdagangkan saham secara antarabangsa kecuali dengan nilai kadar tukaran antarabangsa. Kerana platform X- Stream sendiri adalah platfrom dagangan secara antarabangsa. Dan tarikh 26 oktober adalah tarikh pembukaan pasaran saham ini dan sama ada ianya serentak dengan RV, ianya adalah perkara yang kita tak boleh ketepikannya.

Begitu juga kebarangkalian agak tinggi untuk kerajaan Iraq untuk meluluskan bajet 2015 mereka pada 24 Oktober ini. Selepas 20 tahun, kerajaan Iraq yang lengkap telah berjaya disempurkan. 2 potfolio menteri kosong kabinet sebelum ini telah diisi semalam. Khaled al-Obeidi, seorang ketua Sunni dari Mosul telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan manakala Mohammed Salem al-Ghabban daripada bangsa Shiah telah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri. Kerajaan baru Iraq dibawah pimpinan Haidar Al Ebadi jelas telah lengkap dan merangkumi semua bangsa di Iraq. Ianya adalah kerajaan yang stabil dan disokong oleh rakyat Iraq. Jadi keputusan untuk menaikkan nilai IQD, adalah perkara yang mudah untuk mereka lakukan kerana jelas keadaan politik di sana stabil dan lengkap. Jadi teori bahawa projek pemotongan 3 sifar atau dinar RV adalah berlaku selepas 26 Oktober, mungkin istilah tahun hadapan yang digunakan oleh kerajaan Iraq. Tahun hadapan di sini adalah selepas tahun maal hijarah, iaitu 26 oktober.



Manakala untuk teori kedua, mungkin istilah 'tahun hadapan' yang dikatakan oleh kerajaan Iraq untuk melakukan projek pemotongan 3 sifar (000) adalah berlaku pada tahun hadapan. Tapi sebenarnya kerajaan Iraq boleh laksanakannya bila-bila masa dari sekarang. Mereka sebut tahun hadapan kerana tidak ingin market panik dan berlaku pembelian matawang IQD secara pukal. Market dunia akan terjerumus dalam spekulasi pasaran berlebihan dan ini mungkin tidak baik untuk dunia. Jadi istilah tahun hadapan adalah bayangan sahaja dan sebenarnya ianya berlaku bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Dalam posting saya yang lepas, saya akan mengulas tentang simpanan rezab emas Iraq yang semakin meningkat. Mengikut data Bank Dunia, Iraq merupakan negera terbesar yang membeli emas sebagai rezab negara mereka sejak 3 tahun lepas (2011,2012 dan 2013). Bahkan untuk tahun ini, negara itu telah membeli 29.8 tan emas pada ogos lepas dan ianya adalah tertinggi dalam kalangan negara dunia. Ketika ini, rizab emas Iraq telah mengatasi banyak negara maju lain termasuk Kanada, Australia, Argentina, Sepanyol dan Afrika Selatan. Bahkan simpanan rezab emas Iraq lebih jauh dari negara jiran arab mereka seperti Kuwait, Jordan, UAE, Qatar dan rezab emas Iraq sebenarnya hampir menyamai rezab emas simpanan Israel, antara negara yang mengawal ekonomi dunia. 



Jelas bahawa kerajaan Iraq serius untuk mengapungkan matawang mereka. Mereka menyimpan emas sebagai sandaran untuk mengukuhkan matawang mereka. Rizab emas sendiri berperanan sebagai simpanan nilai dan jaminan untuk menebus janji untuk membayar penyimpan serta untuk mencagarkan mata wang. Sudah jelas bahawa mereka ke arah untuk menaikkan nilai matawang mereka melalui simpanan emas. Ya dan ini yang sedang mereka lakukan dan mereka akan menambah lagi rezab emas mereka. Saya teringat Rasulullah pernah bersabda, bahawa sungai yang mengalir di tiga negara besar, Turki, Syria, dan Iraq (tigris dan Eupharates) itu pada saatnya nanti akan mendedahkan harta karun yang besar berupa gunung emas.  Ini tanda akhir zaman dan ini sebenarnya yang akan berlaku di Iraq (bahkan ada yang sudah menjumpai emas di sungai itu). Mereka akan dilimpahkan kekayaan berupa emas yang timbul dari sungai Tigris dan Eupharates yang kering, yang mana sungai itu mengalir di Baghdad dan Syria serta Turki. 

Jadi 26 Oktober ini adalah tak mustahil mereka akan naikkan kadar tukaran mereka kerana rezab emas mereka cukup tinggi untuk menampung kenaikan tersebut. Kalau tiadapun, tunggu dalam masa terdekat kerana masanya sudah hampir. Buat masa ini simpan sahaja IQD anda dan tunggu kenaikkannya. InsyaALLAH ada rezeki yang barakah untuk kita semua. 

* Ada ramai yang bertanya tentang program emas yang syarikat saya laksanakan. Memang kita ketahui bahawa emas akan sentiasa naik walaupun ada penurunannya. Bahkan dijangkakan emas akan bernilai RM 500 segram pada tahun 2020. Apa yang syarikat saya laksanakan, MGSB Holding Sdn Bhd melalui MHT Global Sdn Bhd adalah perjanjian korporat yag sah dan diikat dengan undang-undang untuk menerima emas dan silver terpakai dan ditukarkan kepada bentuk simpanan tunai. Emas itu akan dikembalikan semula dalam tempoh pilihan rakan kongsi dan kami akan memberikan keuntungan dari sudut perkongsian antara 10 peratus hingga 12 peratus setiap bulan. Kalau nilaian emas dan silver bernilai 10,000, anda akan peroleh 1000 sebulan dan ada perjanjian sah serta mengikat undang-undang antara satu sama lain. Emas dan silver nilaian 10,000 itu akan dikembalikan semula selepas tempoh kontrak itu tamat.

Anda juga boleh melaksanakan perjanjian korporat dengan syarikat melalui simpanan tunai mahupun tunai tetapi pulangannya emas. Program yang dinamakan MGSB, multi gold sharing benefit ini adalah tidak sama dengan Genneva atau program skim2 lain yang jelas skim cepat kaya. Kami adalah program yang berlandaskan perjanjian kontrak dan ia mengikat antara satu sama lain. Ianya sah di sisi undang-undang syarikat dan Akta Bank Negara kita. Apa yang syarikat jalankan perniagaan dan daripada mana kami jana keuntungan adalah boleh dilihat di sini : http://www.mgsbgroups.com/

Untuk keterangan lebih lanjut boleh terus hubungi wakil-wakil saya yang ada di setiap lokaliti. Boleh aturkan pertemuan untuk penerangan lanjut insyaALLAH

1. Haji Asri Bin Melan (017-7236505) - Wakil Johor

2. Nor Rizati Binti Maarof (010-5452113) - Wakil Negeri Sembilan

3. En Azham Baharin (012-6365863) - Wakil Melaka

4. En Mohd Farein Sanusi (012-7261914) - Wakil Selangor dan KL

5. En Salehuddin (010-5351369) - Wakil Selatan

6. En Rafidi ( 013-3881678)

7. En Razak (019-7577001)

8. En Borhan (019-327775)

atau terus hubungi CEO MGSB, Pn Norizah Bt Mohd Sharif ( 010-8098551).
Terima kasih


Sidang Parlimen Hangat, Pasaran Saham Iraq (ISX) Pencetus RV??


Sidang parlimen Iraq sedang berlangsung ketika ini. Banyak isu berkaitan Iraq hangat diperbincangkan di Parlimen Iraq. Antaranya termasuk isu kenaikan nilai matawang Dinar Iraq. Seorang ahli parlimen yang juga suruhanjaya ekonomi Iraq, Najiba Najib telah meminta Parlimen untuk meluluskan pelaksanaan projek "delete the zeros" atau pemotongan sifar daripada kadar tukaran matawang mereka. (Tukaran IQD kepada 1 USD bersamaan 0.9 IQD, berbanding 1 USD bersamaan 0.0009 IQD ketika ni). Dia mendesak kepada Bank Negara Iraq untuk memulakan projek pemotongan sifar bagi kadar tukaran matawang asing bagi meningkatkan nilai IQD di pasaran antarabangsa. 

Perkara itu diperbincangakn secara hangat dalam perbahasan di Parlimen Iraq. Parlimen Iraq dijangka memanggil Gabenor Bank Negara Iraq minggu ini untuk memberikan jawapan kepada Parlimen mengapa nilai IQD masih di takuk yang lama. Jelas bahawa kerajaan baru Iraq sedang berusaha keras untuk menaikan nilai IQD ke paras "reality rate'' dan bukannya "unreality rate" ketika ini. Mereka inginkan nilai IQD mengikut nilai semasa dan inilah juga yang kita inginkan dan nantikan sebelum ini. Jadi soal RV, merupakan perkara utama yang menjadi keutamaan buat kerajaan baru Iraq ketika ini.


Ada kaitannya juga dengan pasaran saham Iraq (iraq stock exchange) atau ISX yang telah ditutup sejak 16 Oktober lepas dan dibuka semula pada 26 Oktober ini. Pasaran saham Iraq ditutup ketika ini untuk dinaiktaraf daripada Horizon ke X-Stream trading sistem. Ini kerana pasaran saham Iraq akan menggunakan platform antarabangsa dan akan memasuki pasaran New York Stock Market atau NASDAQ. Ada yang berpandangan bahawa penukaran sistem pasaran saham Iraq adalah berkaitan persediaan Iraq untuk menaikan nilai matawang mereka ke nilai "reality rate" bagi melaksanakan perdagangan saham secara saksama dengan pasaran global. Kalau sistem pasaran saham mereka boleh diubah, sudah tentu nilai matawang mereka akan diubah juga sedikit masa lagi. Ini yang mereka sedang dilihat untuk dilaksanakan dalam masa terdekat.

Bukan sahaja rakyat Iraq dan kita sebagai penyimpan yang inginkan IQD naik, bahkan Amerika sendiri pun sedang berusaha keras ke arah itu. Tentera US dilaporkan akan menghantar tentera komando mereka ke Iraq untuk menentang ISIL bersama-sama dengan tentera Iraq. US mahukan keamanan dan keselamatan ekonomi Iraq untuk mendapat keuntungan apabila IQD RV kelak. Dilaporkan bahawa jet jet pejuang dan armada perang US sedang bersiap siaga untuk melumpuhkan pergerakan ISIL. Mereka hanya ingin membantu Iraq dan inilah perjanjian sebelum mereka keluar daripada Iraq pada tahun lalu. Mereka inginkan keamanan di Iraq, yang secara tersiratnya untuk melicinkan perjalanan Iraq untuk RV. 

Sama-samalah kita nantikan perkembangan mutakhir ini. Bloomberg melaporkan bahawa Iraq merupakan negara paling banyak membeli emas sebagai rizab matawang untuk tiga tahun berturut-turut. Sejak 2011, Iraq merupakan negara paling banyak menambahkan simpanan  emas ke dalam rizab negara mereka (negara kita pun kalah). Yang tak lain dan tak bukan adalah untuk menaikkan ekonomi mereka, yang seterusnya dapat mengubah nilai IQD ke arah nilai yang semasa (reality rate). Persoalan kenapa Iraq sedang agresif untuk meningkatkan simpanan emas mereka? Kaitannya dengan RV? Akan saya membuat ulasannya dalam posting akan datang. 


InsyaALLAH kita doakan yang terbaik buat kita semua. 

Iraq, Petronas dan Malaysia..Satu Kaitan..


Dalam laporan kewangan Petronas bagi suku kedua tahun ini, dilaporkan bahawa syarikat Petroleum negara ini telah melonjak keuntungannya bagi tempoh sama berbanding tahun lepas. Petronas dilaporkan mendapat keuntungan sebanyak RM28.1 bilion berbanding RM22 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas. Begitu juga hasil perolehan syarikat mega ini, ianya turut meningkat kepada RM85.4 bilion daripada RM74.4 bilion sebelumnya.
 
Peningkatan hasil dan untung syarikat nasional negara ini antara lainnya dipacu dengan peningkatan pengeluaran hasil minyak serta gas. Dan jangan terkejut bahawa pengeluaran minyak serta gas oleh Petronas dalam laporan itu adalah kerana peningkatan hasil pengeluaran minyak di Iraq. Ini fakta yang tak disangkal lagi. Sebenarnya hasil pendapatan negara kita turut dijana daripada minyak Iraq. Menurut laporan daripada bloomberg, Petronas memiliki syer cari gali minyak di telaga minyak Majnoon (30 peratus syer yang mengeluarkan 1.8 juta tong sehari), Halfaya (18.5 peratus syer yang mengeluarkan 535 ribu tong sehari), Badra (15 peratus syer yang mengeluarkan 170 ribu tong sehari), dan Garraf (40 peratus syer yang mengeluarkan 230 ribu tong sehari). Daripada angka-angka itu, jelas bahawa Malaysia melalui Petronas memainkan peranan penting dalam pengeluaran minyak di Iraq dan kita sendiri mendapat untung daripada hasil kerjasama meneroka hasil bumi Iraq itu.
 
 
Bahkan minyak yang kita isi setiap hari ini...adalah minyak yang antara lainnya daripada Iraq sendiri (negara kita mengimport hampir 400,000 tong sehari minyak daripada negara luar termasuk dari Iraq dan Venezuela). Ini tak lain dan tak bukan kerana minyak Iraq murah berbanding dengan negara lain kerana matawang IQD itu sendiri yang rendah berbanding ringgit kita.
 
 
Sememangnya Iraq merupakan antara 'lubuk kekayaan' bagi pemain-pemain besar industri minyak (bahkan dalam sejarah dikatakan bahawa minyak paling awal ditemui di daerah Mesopotamia (Iraq). Simpanan minyak Iraq sendiri dikatakan antara simpanan minyak ke-2 terbesar dunia selepas Arab Saudi. Sekarang ini dilaporkan kira-kira 140 bilion tong minyak telah dijumpai di Iraq (berbanding negara kita yang hanya mempunyai simpanan sebanyak 20 bilion tong). Dan mereka sedang aktif untuk mengesan banyak lagi tempat penemuan baru minyak di sana. Pengeluaran minyak di sana turut mencecah 6 juta tong sehari dan ini sebenarnya faktor mengapa Iraq sedang menjadi tumpuan industri minyak dunia ketika ini.
 
Negara-negara kuasa besar dunia yang mempunyai syarikat petroleum sedang berlumba-lumba untuk masuk ke dalam Iraq. Syarikat minyak milik negara China, China National Petroleum Corporation (CNPC) dan GAZPROM (dari Russia), telah banyak menandatangani perjanjian usaha sama minyak di sana. Iraq telah menjadi destinasi pilihan pemain utama minyak dunia ketika ini dan ianya satu hakikat yang tidak dinafikan.

Secara faktanya, pengeluaran minyak Iraq lebih banyak daripada negara-negara maju Arab seperti UAE, Arab Saudi, Qatar, Bahrain, Kuwait, Oman bahkan lebih berkali-kali ganda daripada negara kita (untuk rekod, Malaysia mengeluarkan minyak kira-kira 600,000 tong sehari). Tetapi malangnya Iraq masih terkebelakang terutamanya dari sudut kadar tukaran matawang.
 
Itulah yang tidak logik apabila bercakap soal Iraq. Negara kaya tetapi matawang miskin. Mereka memiliki kadar tukaran matawang antara terendah di dunia ketika ini. Apapun dengan hasil mashyul yang Allah kurniakan melalui minyak, mereka sebenarnya akan keluar daripada kepompong matawang yang miskin. Minyak yang akan membuatkan Iraq menjadi kaya raya dan matawangnya kembali seperti asal sebelum perang ataupun sekurang-kurangnya setanding dengan negara-negara pengeluar minyak.
 
Nampak perubahan banyak berlaku di Iraq. Pembangunan ekonomi sedang rancak dilaksanakan di sana oleh kerajaan baru Iraq. Apa yang saya ingin sebutkan ialah kita yakin 100 peratus bahawa Iraq sememangnya akan maju selepas ini. Matawang mereka akan naik (RV) dan ianya adalah putaran wajib bagi ekonomi Iraq. Ianya sama dengan putaran ekonomi negara kita. Selepas minyak pertama ditemui pada 1973 dan kewujudan Petronas pada tahun 1974, negara kita terus pesat membangun termasuklah juga kenaikan kadar matawang ringgit itu sendiri. Ini yang akan bakal berlaku ke atas Dinar Iraq juga.
 
Tunggu masanya yang akan tiba. Simpan IQD kita dan teruskan berdoa. Hanya satu isu ynag tinggal iaitu soal Undang-Undang Hidro Karbon atau Hydro Carbon Law (HCL). Iaitu undang-undang berkaitan minyak dan gas di Iraq. Sama seperti Akta Petroleum 1974 bagi negara kita. Hanya satu sahaja isu ynag perlu Iraq selesaikan sebelum mereka benar-benar RV. Ada analisis menyatakan bahawa 3 isu sebelum IQD boleh RV iaitu isu Chapter Seven PBB, Kerajaan yang stabil dan pewartaan Undang-Undang Hydro Karbon (HCL). Dua isu telah selesai iaitu Chapter Seven yang telah digugurkan daripada Iraq dan pembentukan kerajaan baru pimpinan Haidar El Abadi. Hanya satu isu sahaja iaitu berkaitan dengan HCL. Khabarnya akan diperbahaskan sekali dengan bajet negara Iraq minggu hadapan.
 
Kita tunggu dan doakan isu ini cepat diselesaikan. Soal naik hingga mencecah 1 dinar bersaaam 3 ringgit duit kita, ianya boleh berlaku. Tengok negara jiran Iraq, Kuwait. Matawang mereka ketika ini mencecah 1 dinar kuwait bersamaan 11.25 duit kita (cukup bawa 100,000 dinar kuwait ke Malaysia, dah jadi jutawan di sini). Itu nilai matawang kuwait yang merupakan matawang paling tinggi di dunia walaupun rizab minyak mereka hanya mempunyai kira-kira 100 bilion tong (ke-10 dunia bagi rezab minyak dunia) berbanding dengan Iraq yang mempunyai rizab sebanyak140 bilion tong minyak yang merupakan ke-2 terbesar rizab di dunia. Ini yang sebenar tidak adil buat Iraq dan masa akan menentukannya tak lama lagi. Mungkin nilai dinar iraq akan melebihi dinar kuwait pada suatu hari nanti, adalah perkara yang kita tak nafikan boleh berlaku.
 
Insya Allah sama-sama kita doakan yang terbaik buat kita semua dan rakyat Iraq umumnya.. RV tetap RV, insya ALLAH.
 

Iraq Melantik Speaker Parlimen..Bercita-Cita Menuju Kedamaian & Kemajuan



Banyak perkembangan semasa yang 'hangat' berlaku di Iraq. Semalam, Salim al-Jabouri (gambar di atas) yang merupakan seorang ahli politik sunni beraliran sederhana telah dilantik menjadi Speaker Parlimen Iraq. Speaker atau panggilan di Malaysia sebagai Yang Di Pertua Dewan merupakan jawatan yang amat penting di parlimen dan perlantikkan speaker Iraq ini merupakan langkah pertama dalam perlantikkan Perdana Menteri baru Iraq, yang seterusnya dapat menyelamatkan negara itu dari pemberontakan Sunni. 

Pelantikan Speaker Parlimen daripada kalangan Sunni adalah langkah terbaik dalam meredakan ketegangan di Iraq. Dilaporkan bahawa tentera Iraq akan melancarkan serangan terkuat mereka minggu ini untuk mengambil alih bandar Tikrit daripada pemberontak ISIL (Islamic State in Iraq and  the Levant) yang merupakan cabang kepada Al-Qaeda.

Maliki sendiri mengumumkan untuk berundur daripada jawatan Perdana Menteri Iraq buat penggal ketiga dan ia memberikan isyarat gembira kepada rakyat Iraq untuk mendapat Perdana Menteri yang baru.

Bayangan kerajaan baru Iraq akan menyusul selepas ini. Mereka sedang berusaha untuk mewujudkan kerajaan yang stabil di Iraq. Walaupun berlaku kekecohan di Utara Iraq akibat serangan pemberontak, tetapi jelas bahawa ekonomi mereka masih teguh dan berjalan seperti biasa.

Matawang Dinar Iraq masih di paras nominal dan ada kalanya naik dalam positif lebih kepada 2 angka. Begitu juga dengan ekport minyak dan gas Iraq. Ianya masih berjalan lancar. Terbaru bahawa Bank Negara Iraq telah membenarkan sistem pembayaran elektronik terkenal dunia, VISA untuk beroperasi di Iraq. Ianya signal jelas bahawa mereka sudah bersedia untuk melangkah ke pasaran antarabangsa. 

Begitu juga keyakinan kerajaan Jepun dalam menyalurkan pinjaman dana kepada kerajaan Iraq. Terbaru, Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (Japanese Agency for International Cooperation) telah menyediakan dana pinjaman sebanyak 4.4 bilion USD untuk 20 projek infrastruktur mega di Iraq. Kalaulah kerajaan Jepun tak yakin yang Iraq selama lamanya akan miskin. Takkan mereka sanggup sediakan dana pinjaman sebesar itu. Sudah pasti mereka yakin penuh akan kekayaan Iraq yang bakal menjelma tak lama lagi.


Begitu juga banyak syarikat luar yang sedang berlumba-lumba untuk masuk ke dalam Iraq termasuk juga syarikat daripada negara kita. Pembekal perkhidmatan helikopter luar pesisir antara terbesar di dunia, Weststar Aviation Services Sdn. Bhd., dijangka bakal memulakan operasi di Iraq pada tahun ini. Ini suatu yang membanggakan negara kerana ini satu-satunya syarikat yang akan membekal helikopter ke loji loji minyak di laut Iraq. Weststar Aviation Services milik Tan Sri Syed Azman sendiri dilaporkan memiliki armada helikopter luar pesisir terbesar dan paling moden di dunia. 

Jelas bahawa banyak negara dan syarikat yakin akan prospek ekonomi Iraq. Pada masa ini merupakan peluang untuk pelabur masuk ke dalam Iraq. Soal kekecohan politik dan pemberontak pasti akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Mereka sendiri inginkan negara yang maju dan aman. Kita  teruskan berdoa di bulan mulia semoga ALLAH percepatkan hajat kita semua insha ALLAH..

* Saya minta maaf atas kelewatan informasi berkaitan Iraq. Saya sebenarnya sedang menyiapkan satu program berkaitan emas yang memberikan pulangan lumayan setiap bulan dan ianya mengikut lunas undang-undang dan syarak. Nantikan pelancarannya dalam masa terdekat.

Jawatan PM Iraq : Kuridstan VS Maliki..Allawi Bakal Membuat Kejutan



Suruhanjaya Pilihanraya Iraq dalam satu kenyataan rasmi minggu lalu menyatakan bahawa Nouri al-Maliki memiliki majoriti kecil untuk membentuk kerajaan. Ianya berikutan kegagalan Iyad Alawi untuk membentuk kerajaan campuran bagi mendapat majoriti di parlimen Iraq. 

Tetapi kemenangan Maliki itu bukanlah keputusan yang muktamad kerana ianya perlu disahkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Iraq dan Mahkamah Tinggi kerana wujud dakwaan penyelewangan dan penipuan pilihanraya terhadap Maliki.

"Tempoh untuk menerima rayuan daripada keputusan pilihan raya telah bermula," kata seorang pegawai SPR Iraq, yang enggan namanya disiarkan. 

"Semua prosedur ini dijangka mengambil 20-30 hari dan keputusan akhir dijangka akan diumumkan pada akhir bulan Jun atau awal bulan Julai," tambah pegawai itu.

Maknanya bahawa Iraq akan mendapat keputusan rasmi siapa Perdana Menteri pada akhir Jun ini (agak lama sebenarnya tetapi itulah proses demokrasi di Iraq). Dan perlu diingat bahawa Maliki mungkin tidak akan menjadi Perdana Menteri Iraq bagi penggal ketiganya. Hal ini kerana wujud penentangan keras oleh negeri Kurdistan sendiri.

Sepertimana yang dunia ketahui, Kurdistan merupakan wilayah yang kaya dengan minyak dan gas. Erbil, ibukota Kurdistan merupakan bandaraya minyak terbesar di dunia. Maliki jelas tidak disenangi oleh para pemimpin Kurdistan.

Bahkan mereka akan mengadakan referendum awam untuk keluar dari Iraq jika Maliki menjadi perdana menteri Iraq bagi penggal ketiga. Memetik laporan Asharq Al-Awsat, Presiden Kurdistan, Massoud Barzani yang berkata bahawa Kurdistan mengancam untuk mengadakan referendum bagi mengkaji semula hubungan rantau autonomi dengan Baghdad jika penyandang Perdana Menteri Iraq, Nuri Al-Maliki menang tempoh ketiga penggalnya di pejabat Perdana Menteri Iraq.

Jelas bahawa Maliki tertekan ketika ini. Bahkan kerajaan Kurdistan jelas tidak akan menyertai kerajaan yang diketuai oleh Maliki, sepertimana menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Parti Demokratik Kurdistan (KDP).

Sebenarnya gabungan Maliki boleh runtuh pada bila-bila masa sahaja kerana jelas wujud penentangan secara terbuka terhadapnya oleh pihak kurdistan. Juga pihak pembangkang lain antaranya Iyad Allawi (parti Wataniyya),  Osama Al-Nujaifi (Mutahidoun) dan Saleh Al-Mutlaq (parti Al-Arabiya). Juga penentangan secara terbuka parti syiah seperti Sadarist pimpin ulama radikal, Mutqada al-Sadr yang mendapat 34 kerusi parlimen dalam pilihanraya lalu. Begitu juga ulama syiah terkenal Iraq, Ayatollah Ali al-Sistani yang turut menolak Maliki sebagai calon Perdana Menteri Iraq buat penggal ketiga.

Tekanan memuncak sebenarnya buat Maliki. Keputusan siapa Perdana Menteri Iraq, masih dalam teka teki. Ada laporan menyebut bahawa pihak pembangkang pasti membentuk kerajaan baru Iraq sebelum akhir jun ini dengan memperolehi sokongan 200 lebih ahli parlimen daripada 365 kerusi. parlimen di Iraq Cukup untuk menolak Maliki daripada menaiki kerusi PM iraq. Ianya tak mustahil berdasarkan sokongan ramai pihak untuk menjatuhkan Maliki. Jadi kita tunggu keputusan sebelum akhir Jun ini.

Tentu ramai tertanya-tanya kenapa pelbagai pihak mahu menjatuhkan Maliki. Alasan paling besar adalah kegagalan Maliki menaikkan taraf hidup dan ekonomi Iraq sejak memerintah selama dua penggal di Iraq. Alasan inilah sebenarnya yang perlu kita lihat kerana Maliki gagal uruskan ekonomi Iraq dann juga gagal menaikkan nilai IQD itu sendiri. Itulah kesalahan besar beliau dan kita rasakan bahawa Maliki tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri Iraq buat kali ketiga. 

Politik di Iraq sebenarnya amat menarik ia turut menentukan kenaikan matawang IQD itu sendiri. Apapun kita tunggu dan lihat. Sesiapapun yang akan menjadi Perdana Menteri Iraq, pasti ada tekanan untuk mereka menaikkan nilai matawang. Bersabar dan terus berdoa, insyaALLAH..

Eksport Minyak Iraq Tertinggi Dalam Sejarah...Arab Saudi & Qatar Lancarkan 'Perang Ekonomi'


Untuk rekod pada bulan Februari, Iraq dilaporkan oleh Wall Street Journal telah mencatatkan eksport minyak paling tinggi dalam sejarah negara mereka sejak 25 tahun lepas. Ini didorong kerana peningkatan pengeluaran di telaga minyak mereka dan juga permintaan berterusan global. Dan salah satu faktor lain yang menyebabkan eksport minyak Iraq naik adalah nilai matawang mereka yang rendah, menyebabkan negara lain membeli minyak iraq dengan kadar yang rendah. Petronas sendiri turut membeli minyak dari Iraq serta negara rendah matawangnya seperti Venezuela dan menjualnya kembali di negara ini. Selepas sekatan Chapter Seven dilepaskan daripada Iraq, jelas bahawa permintaan terhadap minyak Iraq meningkat berkali-kali ganda banyaknya.

Hal ini juga disebabkan oleh penemuan terbaru telaga-telaga minyak di Iraq. Terbaru penemuan 4 telaga minyak di Kurdistan, Iraq oleh syarikat Oryx Petroleum, sebuah syarikat antarabangsa yang terkenal dengan kepakaran mencari telaga minyak. Dijangkakan lebih banyak lagi telaga minyak akan ditemui dalam masa terdekat. 


Eksport minyak Iraq yang meningkat juga disebabkan oleh projek saluran paip minyak sepanjang 165 kilometer dari Badr ke terminal minyak di Basra oleh  syarikat gergasi minyak Russia,  Gazprom Neft. Dianggarkan bahawa saluran paip ini yang anggaran jaraknya antara Kuala Lumpur dan Kemaman, Terengganu mampu mengangkut minyak kira-kira 200,000 tong minyak sehari. Anggaran 6.2 juta tong sebulan. Itu belum dicampur dengan telaga minyak lain. Jelas bahawa negara Iraq memang kaya raya dengan minyak mereka. Gas pula, mereka merupakan pengeluar no 1 dunia ketika ini.

Dan eksport minyak Iraq akan berterusan naik selepas ini. Didorong kecanggihan teknologi dan penemuan telaga-telaga minyak baru di Iraq. Kemasukan pelabur asing dalam sektor minyak dan gas juga turut membolehkan Iraq menjadi pengeluar minyak no 1 di dunia dalam masa terdekat. Sebab itulah Arab Saudi dan Qatar dengki dengan kejayaan Iraq hinggakan sanggup membiayai pengganas kononnya atas alasan sunnah dan syiah. Ada laporan bahawa Arab Saudi dan Qatar menyalurkan wang dan senjata kepada pemberontak untuk huru harakan Iraq. Tak lain dan tak bukan kerana tidak mahu ekonomi Iraq terus berkembang dan mengatasi mereka.

Arab Saudi dan Qatar juga takut sekiranya matawang IQD naik, Iraq akan menjadi kuasa besar ekonomi di tanah Arab sepertimana jangkaan ramai pihak sebelum ini. Dan ianya tak mustahil dengan peningkatan ketara ekonomi Iraq. Tambahan pula banyak negara telah melabur dengan banyak di iraq ketika ini. Dari sudut keselamatan, jelas bahwa US merupakan negara yang banyak menyokong Iraq. Iraq sendiri telah mengupah syarikat antarabangsa Thales, bagi menyediakan sistem keselamatan di seluruh telaga minyak mereka. Jadi sukar sebenarnya untuk Arab Saudi dan Qatar mencampuri urusan Iraq.

Ketika ini, banyak negara asing telah melabur di Iraq dalam pelbagai sektor. Negara jiran mereka, Iran dilaporkan merupakan negara ke-2 rakan dagang terbesar di Iraq dengan nilai dagangan mencecah 33 bilion ringgit tahun lalu. Iran telah mendapat satu tender baru pembinaan 200,000 rumah mampu milik di Iraq. Amerika Syarikat pula akan membuka pejabat pelaburan Iraq di Washington DC, bagi memudahkan lagi urusan pelaburan di negara Iraq. 


Manakala Agensi kerjasama Antarabangsa Jepun atau Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu bahagian pembaangun (UNDP) telah mengumumkan satu perjanjian pengukuhan untuk mengukuhkan kerjasama mereka di Iraq. Ianya bagi mempercepatkan pelaksanaan projek-projek infrastruktur dan pembangunan ekonomi dan pemulihan sosial di Iraq dalam sektor-sektor utama seperti elektrik, air dan pengurusan pepejal, minyak, pengairan, pengangkutan, industri, kesihatan dan komunikasi.

Korea Selatan pula melalui syarikat Hyundai Lif Co, telah mendapat kontrak sebanyak $ 63 juta untuk membekalkan 1,668 lif untuk semua bangunan pangsapuri Projek Bismaya New City sehingga 2019. Untuk rekod, projek Bismaya New City merupakan  projek perumahan yang terbesar di rantau Arab ketika ini.


Kuwait National Cleaning Company, sebuah syarikat pembersihan dari Kuwait pula memperoleh tender membersihkan bandar Basra. Menurut laporan daripada Alsumaria, syarikat itu menewaskan bidaan syarikat lain daripada Jerman, Lubnan, Turki dan Iran untuk memenangi kontrak tersebut. Jelas bahawa banyak negara sedang berada di Iraq untuk membangunkan ekonomi negara ini. Ianya petanda positif kepada peningkatan IQD dalam masa terdekat.

Bukan sahaja negara asing melabur di Iraq, tetapi Iraq turut memperluaskan pasarannya dengan melabur di negara asing. Iraq dilaporkan akan melabur di Indonesia dengan pembinaan sebuah kilang penapisan di Timur Borneo, dekat Kalimantan. Iraq akan membekalkan 300,000 tong sehari minyak mentah di kilang penapisan itu bagi menghasilkan minyak terus guna untuk dieksport terus ke negara Asia Tenggara. Macam projek RAPID di Pengerang, projek di Indonesia ini pasti akan melonjakkan juga ekonomi Indonesia dan ianya diusaha sama oleh negara Iraq, negara yang memiliki matawang antara terendah di dunia. Jadi logikal akalnya, dengan pelaburan ini dan hasil-hasil lain, ianya takkan munasabah bagi Iraq memiliki nilai matawang seperti sekarang. Pasti dan yakin, akan naik juga suatu hari nanti.

PRU iraq akan berlangsung tak lama lagi. Sama ada Maliki akan kekal, ianya subjektif dan sukar dijangka. Kalau beliau mahu memimpin Iraq sepenggal lagi, mereka perlu naikkan nilai matawang mereka, yang hasilnya akan turut dirasai oleh rakyat Iraq dan kita sendiri sebelum parlimen Iraq dibubarkan pada 25 Mac ini. Segalanya boleh berlaku dalam masa terdekat. Macam kehilangan kapal terbang kita. Kemungkinan untuk menjumpai kembali adalah tetap ada (sama ada wujud elemen pengganas, konspirasi atau sememangnya  terhempas), tak perlu pakai bomoh kerana itu merupakan perkara yang normal dan boleh difikirkan oleh orang ramai. Setiap yang wujud pasti ada akhirannya. 

Macam IQD, akhirannya adalah kenaikan nilai matawang itu sendiri kerana ia adalah putaran ekonomi. Sejarah, kemahuan dan situasi semasa yang akan membolehkan IQD naik kembali. Apapun sabar dan terus berdoa. Kerana yang Maha Kaya akan menentukan sama ada cepat atau lambatnya sesuatu itu berlaku....

7 Februari Tarikh Akhir Bayar Hutang..IQD Akan Memasuki Pasaran Forex

Kongres US diminta membayar hutang mereka ketika ini yang berjumlah sebanyak 17 trilion sebelum 7 Februari ini. Menurut Setiausaha Perbendaharaan US, Yakub Lew dalam satu suratnya kepada kongres supaya menaikkan had siling sebelum 7 Februari ini, jika tidak US akan kembali bangkrap. Banyak jangkaan US akan bangkrap sebelum 14 Januari lalu tetapi mereka dapat suntikan modal dalam nilai 1 trilion. Malangnya nilai itu masih tidak mencukupi kerana hutang mereka sentiasa bertambah dan US kena lakukan sesuatu sebelum 7 Februari ini. 
 

Ada jangkaan bahawa satu suntikan modal besar akan muncul tak lama lagi (melalui pengapungan dinar). Sebab itulah dijangkakan duit kita akan jatuh ke paras 1 ringgit bersamaan 3.60 usd hujung tahun ini. Kerana ekonomi US akan kuat selepas ini. Matawang mereka akan meningkat. Tapi dengan syarat bahawa hutang mereka dilangsaikan, dan suntikan modal tunai bertrilion dolar akan disuntik ke dalam ekonomi US. Semuanya bergantung kepada kenaikan IQD itu sendiri. Kalau tidak, mereka takkan ada nilaian tunai yang besar untuk diperolehi dalam masa terdekat.

Sebab itulah ramai pemimpin US adakan pertemuan rasmi dengan pemimpin Iraq. Hatta Speaker parlimen pun sendiri berjumpa dengan Senator John Kerry, Naib Presiden US sendiri. Masanya akan tiba tak lama lagi. 
 
 
Ura-ura bahawa IQD akan didagangkan dalam pasaran forex, adalah perkara yang tak mustahil boleh berlaku. Pasaran FOREX yang kita ketahui adalah pasaran paling besar, lebih besar daripada pasaran saham. Bahkan dianggarkan transaksi satu hari sahaja berjumlah 1 trilion Dolar. Jika Iraq masuk ke dalam pasaran forex, sudah tentu ianya amat bagus untuk matawang Iraq. Matawanag IQD akan dipengaruhi oleh akitiviti jual beli ( Import dan Eksport) antara negara-negara asing dengan Iraq dan ia akan menaikkan nilai matawang Iraq itu sendiri. FOREX sendiri didagangkan 24 jam sehari dan 5 hari seminggu dan ia sudah tentu merancakkan pasaran matawang IQD itu sendiri. Jadi apa lagi yang kita nak sangsikan dengan matawang iraq. Tunggu masanya sahaja dan segalanya tiada mustahil dalam dunia ini....

Kenapa Ringgit Tinggi Sedangkan Bajet Iraq Lebih Besar Daripada Negara Kita??


Pada 25 Oktober lalu, bajet negara kita telah dibentangkan di Parlimen oleh PM kita. Sejumlah RM 264.2 bilion telah diperuntukan untuk tahun 2014. Iraq juga akan membentangkan bajet mereka dalam masa terdekat. Mengikut laporan dikatakan bahawa bajet 2014 adalah merupakan bajet terbesar dalam sejarah Iraq. Sejumlah 150.12 billion USD atau 471.40 bilion Ringgit Malaysia (sumber : http://www.ifpinfo.com/Top-MiddleEast-NewsArticle-3395) akan diperuntukkan untuk bajet negara Iraq bagi tahun hadapan. Sebelum itu pada tahun ini, hanya 120 bilion USD atau 376.9 bilion ringgit diperuntukkan. Jelas bahawa bajet Iraq sebenarnya lebih banyak daripada bajet negara kita. Perbezaan yang amat ketara sebanyak 207.2 bilion ringgit antara bajet negara kita (RM 264.20 bilion) dan negara Iraq (RM 471.40 bilion).

Jadi kenapa duit ringgit kita lebih mahal daripada kadar tukaran Dinar Iraq? Itu persoalan besarnya. (bacaan lanjut di sini)

US Genting, Obama Akan Berjumpa Dengan Maliki Bulan Ini..



Peristiwa kelumpuhan pentadbiran kerajaan Obama amat mengejutkan dunia ketika ini. Tragedi dipanggil sebagai " Washington Shutdown'' pada 1 Oktober lepas, telah menyebabkan banyak pihak di dunia ini risau dengan situasi tersebut. Kerajaan Obama terpaksa menghentikan sebahagian perkhidmatannya ekoran keputusan Dewan Perwakilan, dikuasai parti Republikan (pembangkang US), yang enggan meluluskan bajet 2014 negara mereka. 

" Washington Shutdown" menyebabkan pasaran saham US merudum dengan teruk dan nilai matawang US turut jatuh. Ia juga menyebakan lebih 700,000 kakitangan kerajaan awam US terpaksa mengambil cuti tanpa gaji dan juga tanpa jaminan pampasan. Taman negara dan muzium serta bangunan libatkan kerajaan akan ditutup manakala cek pencen dan faedah kepada golongan veteran akan diberhentikan. Permohonan visa dan pasport juga tidak akan diproses. Obama sendiri terpaksa membatalkan kehadirannya di persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik atau APEC di Bali serta kunjungan rasminya ke negara kita hari ini. Bahkan Obama turut digantikan oleh Senator John Kerry untuk merasmikan Global Entrepreneurship Summit 2013 di Kuala Lumpur esok. Ini semua kerana kegagalan Obama untuk mendapatkan kelulusan bagi menaikkan had siling hutang negara mereka.


US ketika ini dalam keadaan genting. Menurut ramai penganalisis ekonomi, keadaan di US akan bertambah teruk jika ianya tidak diselesaikan dalam masa terdekat. Kerajaan US dijangka terus lumpuh jika tak diselesaikan dalam tempoh sebelum 17 Oktober ini. Dilaporkan bahawa kerajaan Obama perlukan suntikan hutang sebanyak 1 Trilion USD (3.12 trilion ringgit) untuk kelulusan bajet 2014 mereka. Mereka sebenarnya sudah buntu. Di pihak republikan, mereka pun bukan ingin melihat kejatuhan kerajaan Obama tetapi kerana tidak mahu menaikkan had hutang siling US yang sudah mencecah 7 trilion lebih. Tekanan negara luar semakin dirasai. China yang merupakan kuasa besar ekonomi dunia memberi amaran bahawa jika US tidak selesaikan masalah mereka dalam masa terdekat, ekonomi global akan hancur. China sendiri risau yang hutang US kepada mereka sebanyak  £794 billion Pound Sterling atau kira-kira RM  4.06 trilion ringgit gagal dibayar kepada negara mereka. Jelas sudah wujud tekanan dari dalam dan luaran untuk Obama selesaikan masalah besar yang melanda US ketika ini.

Jelas antara pergantunggan harap kerajaan US ketika ini adalah kepada kerajaan Iraq sendiri. Mereka penyimpan terbesar IQD di dunia ini. Antara pengharapan US adalah kenaikan IQD untuk memulihkan operasi mereka kembali. Sememangnya ini tidak dapat dinafikan dan dilaporkan bahawa dua jemputan telah dihantar kepada Maliki oleh Obama untuk melawat ke US hujung Oktober ini. Bacaan lanjut untuk pemegang IQD dari saya (klik)

Kesedian Brazil Untuk Bantu Iraq Sertai WTO, Iraq Antara 10 Negara Terkaya Dunia

 
WTO, satu pertubuhan yang sedang dalam perancangan negara Iraq untuk menyertainya dalam masa terdekat. Jelas bahawa kerajaan iraq sedang berusaha keras untuk menjadi anggota penuh kepada pertubuhan perdagangan antarabangsa (WTO) dan bukannya ahli pemerhati ketika ini. Kesediaan kerajaan Brazil untuk melobi Iraq menjadi anggota WTO dalam pra persidangan WTO di Brasilia, ibu kota Brazil pada 22 September lalu, jelas telah menggembirakan kerajaan Iraq. (bacaan lanjut di sini)

Selangkah Ke WTO, Petronas Perolehi Keuntungan Di Iraq



Isu penyertaan Iraq ke dalam WTO sedang hangat diperbincangkan. Kementerian Perdagangan Iraq pada Isnin lepas telah mengumumkan bahawa Iraq telah hampir memenuhi semua syarat-syarat untuk menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan diterima sebagai negara anggota WTO. Menurut Pengarah Perhubungan Luar dan Kementerian Perdagangan Hashim Mohammed, bahawa Iraq telag memenuhi semua keperluan yang digariskan oleh Jawatankuasa WTO. Menurutnya lagi bahawa Iraq telah memajukan sistem perbankan, menguatkuasakan peraturan-peraturan kewangan ,undang-undang pelaburan,sektor import dan eksport untuk menjadi anggota sah WTO. 

"Jawatankuasa organisasi di Timur Tengah dengan teliti mengikuti Program Iraq untuk memasuki organisasi dan mengesahkan bahawa Iraq adalah bergerak ke arah yang betul untuk mendapatkan keanggotaan organisasi (WTO)", katanya.

Jelas bahawa Iraq sedang hampir untuk diterima masuk sebagai anggota WTO. Selepas pengguguran Chapter Seven ke atas Iraq, jelas bahawa aktiviti dagangan antarabangsa telah rancak di Iraq. Semua pihak berkaitan di Iraq sedang usaha ke arah itu. Bahkan mereka akan belajar dari Brazil dan meniru negara itu dalam penyertaan ke WTO. Penyertaan Iraq ke dalam WTO akan memberikan banyak kesan positif kepada Iraq dan kenaikan dinar iraq itu sendiri. Menurut Ahli Jawatankuasa Ekonomi, Jasim shankali, bahawa penyertaan Iraq kedalam WTO akan membawa Iraq akses kepada semua pasaran dunia dan memperoleh pengalaman perniagaan yang berguna serta akan meningkatkan nilai matawang iraq itu sendiri. WTO dan Iraq, adalah isu yang sinonim dan akan diselesaikan oleh Iraq dalam masa terdekat. 


Isu perletakkan jawatan Gabenor Bank Negara Iraq, Dr Abdel Basset Turki hanyalah suatu khabar angin yang nyata tidak berasas. Beliau masih memegang jawatan sebagai Gabenor Bank Negara Iraq dan nyata telah berusaha keras ketika ini untuk membawa banyak bank-bank asing masuk ke dalam Iraq. Dalam satu kenyataannya menyatakan bahawa CBI  menyokong kemasukan bank asing ke Iraq yang bertujuan untuk meningkatkan ekonomi Iraq dan mengukuhkan keyakinan pasaran perbankan di Iraq. Untuk itu juga, satu undang-undang tentang keselamatan deposit wang di bank telah digubal dan nyata membuatkan pelabur asing bertambah minat untuk melabur di Iraq. Atas usaha CBI inilah menyebabkan jangkaan bahawa nilai IQD akan meningkat dalam masa terdekat. 

Menurut Ahli Jawatankuasa Kewangan Parlimen ,Haidar Al-Abadi berkata bahawa minggu akan datang akan melihat lebih banyak peningkatan dalam nilai dinar berbanding dolar yang akan meningkatkan keyakinan dunia. Abadi berkata dasar monetari yang baru oleh Bank Negara telah memberi kesan yang sangat besar kepada peningkatan nilai dinar Iraq, yang mencerminkan secara positif di pasaran Iraq perjanjian import dan eksport. Bahkan menurutnya lagi bahawa Dinar Iraq akan menjadi matawang antarabangsa selepas ini.


Ini yang kita jangkakan sebenarnya. Nilai IQD akan meningkat dan akan diiktiraf sebagai matawang antarabangsa suatu hari nanti. Suasana di Iraq ketika ini penuh sibuk dengan aktiviti ekonomi. Syarikat luar berlumba-lumba masuk ke dalam Iraq. Tak terkecuali syarikat di negara kita, Petronas. Petronas melalui anak syarikatnya, Petronas Carigali Iraq Holding BV dilaporkan telah berjaya mengeluarkan minyak pertamanya daripada lapangan minyak Garraf di Wilayah Thi Qar pada 31 Ogos lalu.  


Pengeluaran lapangan minyak itu dilaporkan bermula pada kadar 35,000 tong minyak sehari (bpd) dan ia dijangka mencecah 230,000 bpd pada 2017. Bayangkan sehari dah dapat income RM 11.48 juta (35,000 darab rm 328 untuk 1 tong). Kalau sebulan? setahun? Tujuh tahun? Tak kayo ker? Itu baru satu telaga minyak. Di iraq, beratus-ratus ribu telaga minyak kat sana. Yang masih belum ditemui itu soal lain. Mungkin berjuta-juta telaga minyak di Iraq. Sebab itulah kalau dikatakan bahawa Iraq mampu ke nak bayar kalau RV? Sebenarnya itu soalan yang boleh dijawab dengan aset apa yang ada di Iraq. Kalau satu telaga dah cecah jutaan dolar satu hari. Takkanlah Iraq tak mampu bayar. Lagipun jika duit IQD ditukar semula ke Iraq, Iraq boleh guna IQD itu untuk import barang lain. atau beli matawang lain. Sebab ianya matawang yang sah dan digunapakai di seluruh dunia. Sebab itulah kalau kita menyimpan IQD, saya ibaratkan sebagai batu permata di atas kekayaan minyak dan ekonomi Iraq itu sendiri. 

 
Dalam hubungan dengan dunia luar pun, Iraq sudah terkehadapan sekarang. Terbaru dan mungkin mengejutkan kita, bahawa sudah ada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Baghdad. Telah ada penerbangan sulung Iraq Airways melalui  pesawat Boeing 777 dari Iraq ke KLIA pada 4 September lepas. Ini petunjuk jelas bahawa Iraq sudah keluar dari kepompongan peperangan dan kemunduran. Dan Malaysia dipilih sebagai hab asia tenggara untuk negara asean lain ke Baghdad. Menurut Pengarah Komersialnya, Kapten Badri Latif, berkata syarikat penerbangan itu menawarkan dua penerbangan seminggu bagi laluan itu pada Selasa dan Sabtu. Menurutnya lagi bahawa terdapat kira-kira 5,000 warga Iraq menetap di Malaysia dan Iraqi Airways melihat peluang itu bukan hanya daripada mereka tetapi juga peluang lain khususnya dari segi aktiviti pelancongan dan perniagaan kedua-dua negara. 

“Ada tiga syarikat Malaysia yang menjalankan projek di Iraq, satu daripadanya ialah PETRONAS,” katanya. Sudah jelas dan terang lagi nyata, bahawa Iraq sudah 360 darjah telah berubah. Ini semua indikator bahawa Iraq akan menjadi kuasa besar ekonomi dunia suatu hari nanti dan matawang mereka, iaitu IQD akan bernilai tinggi semula nanti sama seperti perang sebelum ini.

PM Maliki akan ke US hujung bulan ini untuk bertemu Barack Obama. Satu perjanjian rangka strategik antara Iraq dan US akan ditandatangani nanti. September masih belum berakhir. Harapan tetap ada. Dengan ura-ura kemasukan Iraq ke dalam WTO, ianya sebenarnya adalah langkah akhir untuk naikkan nilai IQD. 

Kita tunggu dan lihat. Rugi kalau tak menyimpan. Soal naik berapa tak jadi masalah. Soal kenaikan yang pasti itu sebenanya yang perlu kita lihat. Kalau negara lain amat yakin dengan kemampuan matawang iraq ini. Kita mungkin lebih lagi akan bertambah yakin. Hanya masa dan perancangan illahi yang akan menentukan kekayaan kita semua. Teringat kata-kata seorang pakar motivasi kewangan, Robert T Kiyosaki. Katanya, kekayaan luar biasa seseorang bermula dengan satu tindakan nekad dan impian yang dianggap 'gila' oleh orang lain. Jadi dengan adanya impian dan keyakinan yang tinggi, tak mustahil dan hampir pasti, kita akan mendapat kejayaan dan kekayaan melalui IQD ini, insyaALLAH.

* Selepas ini, banyak maklumat saya hanya disalurkan kepada group saya sahaja (Kelab Jutawan Dinar Iraq Official). Atas faktor keadilan dan haq mereka yang memegang dinar daripada saya

India Guna IQD Untuk Dagangan Dua Hala, Desakan Kuat Naikkan Nilai IQD

Tahniah kita ucapkan buat Gabenor Bank Negara kita, Tan Sri Zeti A Aziz yang mendapat gred A buat dua kali berturut-turut daripada Global Finance Central Banker Report Card, sebuah majalah antarabangsa yang berkaitan dengan perbankan dunia. Turut mendapat gred A adalah Gabenor Bank Filipina, Amando Tetangco Jr. dan Gabenor bank Taiwan, Fai-Nan Perng. Semuanya dari Asia. Syabas dan bangga kerana kita memiliki Gabenor bank yang hebat walaupun dikritik hebat atas dasar pinjaman yang ketat dan kejatuhan ringgit kita baru-baru ini.
 
Buat Gabenor Bank Negara Iraq yang baru, Dr Abdul Basit Turki Saeed, Majalah Global Finance tiada menetapkan penarafan gred buat beliau kerana beliau masih baru dan tidak sampai setahun berkhidmat. Walaubagaimanapun, dilihat banyak tekanan dalaman terhadap beliau untuk bertindak agresif menaikkan nilai matawang iraq. Terbaru gesaan secara terbuka kepada beliau agar menaikkan nilai IQD selepas Iraq bebas daripada sekatan PBB. Jawatankuasa Ekonomi Parlimen Iraq dijangka akan memanggil Gabenor dan juga kakitangan Bank Negara Iraq (CBI) dalam masa terdekat. Mereka juga terkejut kerana nilai IQD masih lagi tidak naik selepas pasca Chapter Seven dan menyatakan dengan tegas bahawa usaha CBI untuk redenominasi matawang (delete tiga sifar) tidak perlu buat masa sekarang kerana inflasi masih tinggi. Menurut jawatankuasa Parlimen iraq itu bahawa yang paling penting sekarang adalah kenaikan nilai matawang iraq dan ini penting untuk kemajuan dan kesenangan rakyat Iraq itu sendiri. Jelas gesaan ini dilihat usaha agresif kerajaan Iraq untuk mengenakan tekanan kepada CBI untuk percepatkan kenaikan IQD.

Begitu juga perkembangan berita tentang usaha kerajaan India yang ingin menjalankan perdagangan antarabangsa dengan Iraq dengan menggunakan matawang Dinar Iraq serta Rupiah India dan bukannya US Dollar. Menurut Menteri Perdagangan dan Kementerian India, Anand Sharma, menyebut bahawa negara itu sedang mengkaji kemungkinan membayar untuk perdagangan dengan Iraq dengan menggunakan mata wang tempatan diwakili oleh Dinar Iraq dan Rupiah India dan bukannya Amerika Syarikat Dollar.

Beliau menambah bahawa dinar Iraq kukuh dan ditutup dengan rizab yang besar mata wang asing dan emas, terutamanya dalam tempoh baru-baru ini dinar meningkat dengan ketara berbanding dolar, menjadikan kuasa ekonomi besar seperti India untuk mengekalkan dinar Iraq dan berurusan dengan ia, katanya. PM Iraq, Nuri Al Maliki ketika ini berada di India dalam lawatan negara selama 5 hari. Lawatan itu antara lain untuk memuktamadkan perjanjian untuk menjual lebih banyak minyak ke New Delhi. Kadar pedagangan antara India dan Iraq sejak Jun lalu telah mencapai jumlah dagangan kira-kira $ 21 bilion USD, satu angka yang sangat besar dalam tempoh 3 bulan. 

Jelas ini adalah petunjuk ekonomi yang baik untuk dinar Iraq kerana negara kuasa besar ekonomi dunia sudah mula menggunakan IQD sebagai kadar tukaran dalam transaksi perdagangan mereka selepas pasca Chapter Seven. Perubahan positif ke atas matawang IQD terus berlaku dan kalaulah India yakin dengan IQD..apalah kita gamaknya?? Sudah tentu kita akan bertambah yakin lagi kerana ianya matawang yang sah dan sedang diperdagangkan di seluruh dunia.

Ekonomi Iraq terus berkembang dengan pesat dan ini telah disahkan oleh Kementerian Perancangan Iraq dalam kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini bahawa ekonomi Iraq yang semakin meningkat dengan ketara, terutama selepas peningkatan pengeluaran dan eksport minyak mentah Iraq. Ya memang sekarang Iraq tengah giat eksport dan import minyak mereka setelah dilepaskan sekatan ekonomi oleh PBB Jun lalu. Minyak Iraq sudah berada di pasaran dunia ketika ini. Sebab itulah mereka optimis untuk menyertai WTO bila-bila masa dari sekarang. 
 
Ketika ini harga minyak dunia sedang melambung tinggi. Semalam sahaja, 1 tong bernilai kira 105.92 USD atau 349.547 ringgit duit kita. Bayangkan kalau 6 juta tong satu hari, pendapatan iraq boleh cecah RM 97 juta tong satu hari atau 15 bilion ringgit sebulan. Itu belum hasil gas asli lagi serta komoditi-komiditi lain. Malangnya kerana duit Iraq murah, menyebabkan hasil mereka tidak dinikmati sepenuhnya oleh rakyat mereka. Kerana minyak dan gas didagangkan dengan harga murah, menyebabkan pendapatan mereka taklah sebanyak mana berbanding nilaian sebelum perang lalu. Kalau nilai sebelum perang, 1 tong tu bersamaan dengan RM 350 dan darab lagi dengan rm 11 (nilai 1 dinar bersamaan 11 ringgit duit kita), sudah tentu Iraq akan perolehi 3850 ringgit bagi 1 tong. Kalau 6 juta tong sehari?? Bayangkan betapa kaya dan banyaknya Iraq dapat hasil jualan minyak mereka sebelum perang dahulu. Hanya kerana duit mereka bernilai amat tinggi. Lebih tinggi daripada US dan negara kita sendiri ketika itu.


Sekarang di malaysia kita kecoh dengan TTPA dan terbaru kenyataan Bekas Perdana Menteri kita yang ke-4, Tun Dr Mahathir yang jelas menentang keras perjanjian itu. Menurut negarawan itu, walaupun negara tidak menandatangani TPPA, tetapi beliau melahirkan keyakinannya bahawa Malaysia tetap boleh terus berkembang dari segi dagangan antarabangsa. Sebenarnya ada satu point lagi yang menyatakan Tun Dr M tidak setuju dengan TTPA ini. Kerana Malaysia tidak boleh kontrol matawang ringgit kita. Dalam TTPA, kawalan ke atas kadar pertukaran tidak dibenarkan sama sekali. Duit RM kita akan didagangkan di peringkat global. Tiada istilah tambatan ringgit lagi. Ini yang dibimbangi oleh Tun Dr M kerana risau duit kita akan teruk jatuh berbanding 11 negara dalam TTPA itu sendiri (antaranya Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Jepun). Apa yang hairannya kenapa negara jiran lain seperti Indonesia, Thailand tidak berani sertai TTPA. Begitu juga India dan China. Memang ada bagusnya kita sertai TTPA kerana ada curahan modal dan teknologi daripada negara TTPA. Tapi kesannya negatif masih banyak lagi ada. Sertai atau tidak, ianya perkara subjektif.

Di Iraq juga ada perjanjian serupa antara Maliki dan Obama iaitu SFA yang akan ditandatangani September ini. SFA adalah singkatan Strategic Framework Agreement atau Perjanjian Rangka Kerja Strategik. Ianya melibatkan kerjasama ekonomi dan hal-hal lain. Ia merupakan satu perjanjian yang baik buat Iraq kerana ia akan membuka Iraq lebih lagi ke pasaran global. Negara mereka masih baru dan sumber hasil bumi mereka banyak. Mereka boleh tandatangani perjanjian bebas dengan negara lain dan ini akan menaikkan nilai matawang mereka di peringkat global. Sebab itulah Iraq sebenarnya lebih sesuai sertai TTPA kerana mereka negara baru hendak membangun dan memiliki kekayaan sumber hasil yang banyak berbanding negara kita. Negara kita sudah boleh berdiri di atas kaki sendiri dan tidak perlu TTPA diwujudkan (Apapun ada pro dan kontranya TTPA itu, jalan terbaik adalah perbincangan).
 
 
Kesimpulannya, Iraq semakin agresif dalam menentukan hala tuju negara mereka. Gabenor CBI dan Maliki dalam tekanan untuk menaikkan kembali ekonomi dan nilai matawang iraq. SFA mungkin antara salah satu jalan buat Iraq untuk naikkan nilai matawang mereka. Lawatan Maliki ke US pada bulan September ini bakal membuka lembaran baru buat Iraq. Masanya semakin lama, semakin hampir. Standard Chatered, antara bank terbesar dunia sudah mengumumkan akan membuka 3 cawangan Bank di Iraq (iaitu di Baghdad, Erbil dan Basra) dalam masa terdekat. Semua bank sudah bersiap siaga untuk menerima nilai kadaran tukaran iqd yang baru. Kita stand by sahaja dari sekarang. Tak kisah tarikh 28hb atau bulan hadapan, kita semua perlu simpan IQD kita sebaik-baiknya. Perkembangan semasa akan menunjukkan perubahan nilai IQD dalam masa terdekat. InsyaALLAH bila-bila masa dari sekarang. Hanya doa dan tawakal yang terbaik buat kita ketika ini.

Popular Posts

BTricks